Thursday, June 4, 2015

Sentap

Assalamualaikum wbt. 

Akan ada satu masa kau rasa kepala kau macam nak meletup pecah dengan macam-macam masalah. Kau nak cari someone untuk kau luahkan semua tapi kau sedar kau hanya ada Allah sebab tak akan ada orang mampu faham apa yang kau nak luahkan.

Betul, takkan ada manusia yang faham diri kita sefaham-fahamnya selain DIA.

So, dekatkan diri dengan Allah setiap masa.

Wednesday, June 3, 2015

KAWAN.

KAWAN. Satu perkataan yang cukup familiar dalam hidup kita. Macam-macam tafsiran tentang makna kawan. Setiap orang ada tafsirannya yang tersediri tentang makna KAWAN. Walau apapun tafsirannya, KAWAN diakui sebagai individu yang paling penting dalam hidup seseorang. Aku juga tak terkecuali. Dalam entry ni, aku hanya nak cakap tentang KAWAN kerana aku sangat menghargai KAWAN-KAWANKU walau tanpa mereka sedari.



Dari KAWAN beralih pula kepada gelaran SAHABAT. Pendapat aku, apabila sudah bergelar SAHABAT, semestinya ukhwah yang terjalin begitu kukuh, saling mempercayai, dan kuat ikatan persahabatannya. Dalam bersahabat, dugaan pasti ada dan bagaimana kita menghadapi dugaan itu akan  menunjukkan erti sebenar persahabatan kepada kita.

yang ni aku akui kebenarannya sebab aku dah pernah alamai.
 pernah sekali aku tidur di rumah kawan dan aku terbangun awal, tengok dia tidur lagi,
aku pun tidur la balik walau tak lena sebab nak tunggu dia jaga.
Ada orang yang kata, hendak mencari kawan carilah mereka yang menghormati dan menyayangi  ibu bapa mereka kerana mereka inilah sahabat yang baik. Jika mereka tidak menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka sendiri, sudah tentu mereka tak mampu untuk menyayangi dan menghormati sahabatnya juga.

Pernah alami seperti situasi dalam gambar diatas? kalau aku, YA!. Perasaan tuh hanya Tuhan saja yang tahu. Ok, aku cuba fikir positif. Dia sibuk, Online guna handset dan tak log out, tak perasan ada message inbox and so on. Aku boleh terima kalau betul macam yang aku sangkakan. Tapi macam mana pulak kalau dia boleh Like, Comment, Share?  tak sibukkah dia?  tak perasankah dia bila aku like gambar dia? aku komen gambar dia? hmm hahaha.
Jika situasi ini turut berlaku kepada anda, jangan bimbang dan khuatir kerana jika benar dia adalah sahabatmu, pasti dia akan menegurmu jua nanti apabila timbul perasaan rindu akan seorang sahabat. Percayalah! Usahlah dilayan kekecewaan tersebut.