KAWAN. Satu perkataan yang cukup familiar dalam hidup kita. Macam-macam
tafsiran tentang makna kawan. Setiap orang ada tafsirannya yang
tersediri tentang makna KAWAN. Walau apapun tafsirannya, KAWAN diakui
sebagai individu yang paling penting dalam hidup seseorang. Aku juga tak
terkecuali. Dalam entry ni, aku hanya nak cakap tentang KAWAN kerana
aku sangat menghargai KAWAN-KAWANKU walau tanpa mereka sedari.
Dari KAWAN beralih pula kepada gelaran SAHABAT. Pendapat aku, apabila
sudah bergelar SAHABAT, semestinya ukhwah yang terjalin begitu kukuh,
saling mempercayai, dan kuat ikatan persahabatannya. Dalam bersahabat,
dugaan pasti ada dan bagaimana kita menghadapi dugaan itu akan
menunjukkan erti sebenar persahabatan kepada kita.
Pernah alami seperti situasi dalam gambar diatas? kalau aku, YA!.
Perasaan tuh hanya Tuhan saja yang tahu. Ok, aku cuba fikir positif. Dia
sibuk, Online guna handset dan tak log out, tak perasan ada message
inbox and so on. Aku boleh terima kalau betul macam yang aku sangkakan.
Tapi macam mana pulak kalau dia boleh Like, Comment, Share? tak
sibukkah dia? tak perasankah dia bila aku like gambar dia? aku komen
gambar dia? hmm hahaha.
Jika situasi ini turut berlaku kepada anda, jangan bimbang dan khuatir
kerana jika benar dia adalah sahabatmu, pasti dia akan menegurmu jua
nanti apabila timbul perasaan rindu akan seorang sahabat. Percayalah!
Usahlah dilayan kekecewaan tersebut.
No comments:
Post a Comment